Mahkamah Persekutuan Kekal Hukuman Penjara Enam Tahun Terhadap Isa Samad

KUALA LUMPUR – Bekas Menteri Kabinet dan Pengerusi Felda, Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad, diperintah menjalani hukuman penjara enam tahun selepas Mahkamah Persekutuan hari ini mengembalikan sabitan terhadap beliau dalam kes rasuah berprofil tinggi. Panel tiga hakim yang dipengerusikan oleh Hakim Mahkamah Persekutuan, Datuk Nordin Hassan, membuat keputusan sebulat suara membenarkan rayuan pihak pendakwaan….