Viral! ‘Tabola Bale’ Bikin Ribuan Orang Joget Bareng di Keretapi Sarong 2025

Malaysia, El Sky News Jika di Indonesia rakyat menyambut Hari Kemerdekaan dengan pelbagai perlombaan , situasinya berbeda di Malaysia. Di sini, rakyat mempunyai cara tersendiri untuk menyemarakkan sambutan Hari Malaysia, iaitu melalui acara tahunan yang dikenali sebagai Keretapi Sarong. Acara ini diadakan setahun sekali bersempena sambutan Hari Malaysia pada 16 September, dan kian mendapat sambutan hangat daripada masyarakat pelbagai kaum dan lapisan umur.

Hari Kemerdekaan dan Hari Malaysia merupakan dua perayaan yang berbeda dari segi sejarah dan makna. Pada 31 Agustus, rakyat Malaysia memperingati Hari Kemerdekaan, iaitu detik bersejarah apabila Tanah Melayu memperoleh kemerdekaan daripada penjajahan British pada. Namun begitu, hari tersebut hanya melibatkan Tanah Melayu dan bukan keseluruhan wilayah yang kini dikenali sebagai Malaysia. Hanya pada 16 September, Malaysia secara rasmi dibentuk menerusi penyatuan Tanah Melayu, Sabah, Sarawak dan Singapura (yang kemudian berpisah pada tahun 1965).

Hari Malaysia memperingati detik penyatuan ini, dan mencerminkan semangat perpaduan serta kepelbagaian yang menjadi tunjang kekuatan negara. Oleh itu, walaupun kedua-dua hari ini amat penting, Hari Kemerdekaan dan Hari Malaysia membawa makna sejarah yang berbeda, namun saling melengkapi dalam membentuk identiti dan jati diri Malaysia sebagai sebuah negara yang merdeka, berdaulat, dan berbilang kaum.

Keretapi Sarong tahun ini telah berlangsung dengan penuh warna di Raintree Plaza, The Exchange TRX. Tiada pertandingan diadakan dalam acara ini, sebaliknya rakyat Malaysia hadir beramai-ramai untuk memperagakan pakaian dan kostum masing-masing dalam suasana yang santai, kreatif dan meriah.

Keretapi Sarong yang menggabungkan unsur tradisi lama dan moden ini merupakan sebuah acara flash mob tahunan di Malaysia. Dalam acara ini, para peserta mengenakan sarung tradisional dan menaiki pengangkutan awam seperti MRT, LRT, Monorel atau KTM sebagai usaha mempromosikan budaya serta kepelbagaian masyarakat Malaysia. Setelah berkumpul di stesen yang telah ditetapkan, para peserta akan berarak bersama-sama dengan berpakaian tradisional menuju ke lokasi acara.

Selain penglibatan pengangkutan awam, acara ini turut menonjolkan elemen peragaan fesyen sarung sebagai simbol kebanggaan budaya tempatan. Setibanya di stesen terakhir, para peserta akan berjalan seiringan menuju ke lokasi utama sambil menyanyi dan menikmati semangat kebersamaan. Acara ini bukan sahaja menyatukan rakyat Malaysia, malah terbuka kepada semua golongan, tanpa mengira kaum, agama atau latar belakang, menjadikannya lambang keharmonian dan perpaduan dalam sebuah negara berbilang budaya.

Kenapa harus Kereta Api dan Sarung?

Kereta api merupakan ruang yang sempit namun terbuka, mencerminkan semangat perpaduan dan kesaksamaan, selaras dengan nilai-nilai Hari Malaysia yang bertujuan menyatukan rakyat dari seluruh pelosok negara dalam satu perjalanan yang simbolik.

Sementara itu, sarung ialah pakaian tradisional yang dahulunya menjadi sebahagian daripada kehidupan harian pelbagai komuniti di Malaysia—termasuk Melayu, India, Cina, dan kaum-kaum lain. Dengan mengenakan sarung di ruang moden seperti kereta api, para peserta menunjukkan bahawa warisan budaya masih boleh terus hidup dan relevan dalam kehidupan masa kini. (LangitToday.com)

Leave a Reply

Discover more from

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading