Suami Farah Fakhira, Zaidul Ariff, Disahkan Meninggal Dunia Tengah Malam

Kuala Lumpur, El Sky News — Dunia hiburan tanah air dikejutkan dengan khabar duka apabila suami kepada personaliti media sosial Farah Fakhira, iaitu Zaidul Ariff, dilaporkan meninggal dunia tidak lama selepas sempat menemani isterinya membuat imbasan kandungan pada Khamis lalu.

Melalui satu video yang dimuat naik di Instagram tersebut, dia menceritakan bagaimana Zaidul sempat menemaninya ke klinik sekitar jam 1 petang bagi melakukan imbasan bayi mereka.

Pasangan itu kemudiannya keluar makan sekitar jam 3 petang dan menunggu waktu Maghrib sebelum pulang ke rumah. Pada jam 10 malam, Zaidul dikatakan keluar untuk bermain badminton seperti kebiasaannya.

Namun sekitar jam 12 tengah malam, Farah menerima panggilan yang memaklumkan bahawa suaminya pengsan dan segera dikejarkan ke hospital. Tidak lama kemudian, pihak perubatan mengesahkan bahawa Zaidul Ariff telah meninggal dunia.

Video berkenaan mengundang sebak netizen serta rakan-rakan artis yang memenuhi ruangan komen dengan ucapan takziah dan doa agar Farah terus tabah menghadapi kehilangan insan tersayang.

(Langit News)

Leave a Reply

Discover more from

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading