KUANTAN, El Sky News – Penemuan mayat seorang lelaki yang terdampar di Pantai Teluk Cempedak pada minggu lalu akhirnya terungkai apabila siasatan pihak berkuasa mengesahkan kematian berpunca daripada lemas.
Mangsa yang dianggarkan berusia lingkungan 20-an ditemui orang awam sekitar jam 3.48 petang pada 29 Oktober 2025 dalam keadaan separuh berpakaian, hanya memakai seluar panjang hitam tanpa sebarang dokumen pengenalan diri.
Identiti mangsa dikenal pasti selepas waris tampil membuat pengecaman dan menuntut mayat pada 1 November untuk urusan pengebumian. Lelaki berkenaan disahkan sebagai rakyat tempatan yang sebelum ini dilaporkan hilang.
Kawasan Pantai Teluk Cempedak dilaporkan kembali tenang selepas siasatan selesai dijalankan. Pihak berkuasa turut menasihatkan orang ramai agar berhati-hati ketika melakukan aktiviti air berikutan keadaan laut yang tidak menentu kebelakangan ini. (Langit News)
