SUMATERA BARAT, Langit News — Penyelidik Oxford bersama pemandu tempatan akhirnya berjaya jumpa Rafflesia hasseltii selepas 13 tahun meredah hutan macam side quest game open-world, dan bunga tu mekar cuma beberapa hari je. Bro… 13 tahun cari, 3 hari mekar, lepastu hilang balik. Macam crush yang bagi harapan palsu. 😭
Menurut pasukan ekspedisi, lokasi bunga tu memang deep dalam hutan. Jauh sangat sampai harimau pun macam, “Eh korang nak apa sebenarnya kat tempat aku ni?” Tapi demi bunga rare, diorang redah jugak. Respect lah.
Pemandu tempatan, Septian Andriki, terus emotional bila bunga tu mekar. Katanya dia tunggu lebih sedekad — aku rasa kalau dia tunggu lagi lama, bunga tu boleh daftar sebagai ahli keluarga dia dah.
Yang kelakarnya, bunga ni bukan bau wangi. Bau dia… bangkai. Ya, bangkai. Bukan bau-bau pleasant lavender. Tapi bau “tolong jauhkan diri kalau kau ada perut sensitif.” Rupanya strategi nak panggil lalat. Aku ingatkan panggil jodoh, rupanya panggil serangga.
Untuk tambah plot twist, haiwan-haiwan hutan macam babi hutan, semut, rusa semua jadi bodyguard bunga ni. Diorang jaga kawasan tu macam security mall. Tak bagi sesiapa langgar. Bunga ni betul-betul diva — siap ada entourage sendiri.
Walaupun bau macam mayat + susah jumpa + mekar sekejap, bunga ni tetap jadi sorotan dunia. Kenapa?
Sebab dia rare — macam manusia yang reply WhatsApp tepat waktu. (Tudneg Navi)
