Luahan ringkas cetus tanda tanya, Zizi Kirana serah segalanya kepada Allah

KUALA LUMPUR – Perkongsian ringkas penyanyi terkenal, Zizi Kirana di media sosial mencetuskan pelbagai reaksi dalam kalangan peminat apabila ia dilihat membawa maksud mendalam berkaitan kehidupan peribadinya.

Menerusi hantaran di Threads, Zizi atau nama sebenarnya Nur Fazelah Mad Tahil, 41, berkongsi maksud sepotong ayat daripada surah Ghafir yang menyentuh soal penyerahan diri sepenuhnya kepada Allah.

“Aku menyerahkan urusanku bulat-bulat kepada Allah…,” tulisnya secara ringkas, tanpa penjelasan lanjut mengenai maksud sebenar di sebalik perkongsian tersebut.

Walaupun tidak menghuraikan secara terperinci, perkongsian itu dianggap sebagai luahan hati yang tersirat. Rata-rata peminat tampil memberikan sokongan serta mendoakan agar penyanyi berkenaan diberikan ketenangan dalam menjalani kehidupan.

Malah, ada juga yang cuba menafsirkan maksud di sebalik kata-kata tersebut, sekali gus menimbulkan pelbagai spekulasi dalam kalangan netizen.

Perkongsian tersebut turut mengundang andaian apabila segelintir pihak mengaitkannya dengan status rumah tangga Zizi bersama suaminya, Yusuf Bahrin.

Sebelum ini, hubungan pasangan berkenaan menjadi perhatian ramai apabila mereka dikatakan tidak menyambut Hari Raya Aidilfitri bersama. Malah, terdapat dakwaan menyebut mereka kini tidak lagi tinggal sebumbung, walaupun perkara itu tidak pernah disahkan secara terbuka oleh kedua-dua pihak.

Dalam setiap kisah yang menjadi perhatian umum, terselit pengajaran bahawa tidak semua perkara perlu diperjelaskan kepada khalayak. Ada waktunya, memilih untuk berdiam dan menyerahkan segala urusan kepada Allah adalah jalan terbaik. Dalam kehidupan yang penuh ujian, sikap sabar, reda dan tawakal menjadi kekuatan utama untuk terus melangkah ke hadapan dengan tenang dan bermaruah.

Leave a Reply

Discover more from

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading