Kuala Lumpur, Langit News — Pegawai Kastam India berjaya menggagalkan cubaan menyeludup sepuluh ekor Bali Starlings — burung yang critically endangered dan dilindungi — dari Malaysia ke India melalui Lapangan Terbang Antarabangsa Chennai.
Menurut Times of India, burung-burung rare ni ditemui tersorok dalam bekas plastik di dalam bagasi seorang penumpang yang tiba dari Kuala Lumpur. Keadaan burung pula lemah, dan tiada permit eksport rasmi atau dokumen CITES.
Pegawai kastam sahkan bahawa burung-burung ini telah diserahkan kepada Jabatan Hutan Tamil Nadu untuk rawatan & pemulihan sebelum dipindahkan ke fasiliti pemuliharaan hidupan liar.
Transit Malaysia Jadi Laluan Seludup
Siasatan awal dedahkan Malaysia digunakan sebagai transit hub oleh sindiket penyeludupan hidupan liar antarabangsa, yang mengangkut spesis eksotik dari Asia Tenggara ke India dan Timur Tengah.
Pihak berkuasa India bekerjasama rapat dengan PERHILITAN dan MAQIS Malaysia untuk jejaki sumber sindiket dan kenal pasti kemungkinan kolaborator tempatan.
Siapa Bali Starling ni?
Bali Starling atau Bali Myna adalah spesis endemic dari Indonesia, dan kurang dari 300 ekor dijangka tinggal di alam liar. Jadi, memang rare gila — boleh kata VIP burung dunia!
Insiden ini sekali lagi menekankan kebimbangan terhadap penyeludupan hidupan liar haram di Asia Tenggara. Penyeludup exploit laluan udara & laut untuk keuntungan, tapi mereka lupa: burung pun ada hak untuk travel secara sah!
Pihak berkuasa menggesa orang ramai jangan beli atau jual haiwan eksotik tanpa permit, kerana ia bukan sahaja merosakkan biodiversiti, malah boleh kena hukuman undang-undang tegas di peringkat domestik & antarabangsa.
