KUALA LUMPUR, Langit News – Bayangkan rumput air yang menyusahkan tu tiba-tiba jadi superhero untuk planet kita! Itu kisah Joseph Nguthiru, seorang jurutera alam sekitar muda dan usahawan sosial dari Kenya, yang berjaya ubah water hyacinth — sejenis rumpai air invasif — menjadi alternatif biodegradable untuk plastik pakai buang.
Dengan inovasi ni, bukan saja plastik kurang mencemarkan alam, malah komuniti tempatan dapat income dengan mengutip bahan mentah. Memang win-win gila!
Joseph mula serius dengan kerja alam sekitar masa belajar di Egerton University, fokus cari cara sustainable untuk atasi pencemaran air. Hasil kerja dia catch attention badan antarabangsa, termasuk United Nations Environment Programme (UNEP).
Pada 2025, dia dianugerahkan UNEP Young Champions of the Earth Award, penghargaan global untuk individu muda yang bawa inovasi hijau & sosial impak tinggi. Pengiktirafan ni menghargai sumbangannya dalam advance circular economy dengan teknologi hijau praktikal.
Kini, Joseph terus expand kerja dia, promosikan produk biodegradable di seluruh Afrika dan bekerjasama dengan organisasi alam sekitar antarabangsa untuk tingkatkan kesedaran sustainability.
Cerita Joseph jadi inspirasi untuk semua belia di dunia – bukti bahawa idea gila tapi hijau boleh bawakan perubahan bermakna untuk masa depan yang lebih lestari.
