Impian Romantik Aisha Retno: Mahu Saksikan Peminat Melamar Pasangan Ketika Nyanyi Lagu Cinta di Pentas!

Kuala Lumpur – Penyanyi dan komposer popular, Aisha Retno, baru-baru ini kongsi impian manis yang membuatkan ramai peminat tersenyum-senyum. Beliau berharap suatu hari nanti dapat menyaksikan momen lamaran perkahwinan yang penuh romantik berlaku tepat di hadapan matanya – iaitu ketika dia sedang menghiburkan penonton di atas pentas.

Menurut Aisha, bayangan paling comel itu akan berlaku sewaktu dia menyanyikan lagu-lagu cinta kegemarannya. Antaranya lagu WHUT dan ‘Kota Ini Tak Sama Tanpa Mu’ yang didendangkan bersama rakan-rakan seniman seperti Aziz Harun dan Nadhif Basalamah.

Dalam perkongsian spontannya, Aisha berkata dengan penuh perasaan: “One day kalau I buat show, I nak ada audience berpasangan yang time I tengah nyanyi lagu cinta then suddenly the guy tu propose to her. Ahh comelnya, I akan nangis seribu tahun witnessing it at my own show. Sumpah comel, don’t you guys think? Especially if I nyanyi lagu Trio, ‘Kota Ini Tak Sama Tanpamu’ atau lagu WHUT.”

Perkongsian Aisha Retno ini terus menjadi tumpuan netizen. Ramai yang teruja membayangkan suasana manis itu dan tidak ketinggalan mengusik penyanyi tersebut dengan komen-komen lucu.

Antara reaksi peminat yang hangat:

  • “Klau nk join bt surprise untuk wife bole ke? Tgh2 you nyanyi pastu….”
  • “What abt you yg kena propose”
  • “Plot twist propose Aisha, acaner?”
  • “Ok deal. Next show saya propose awak.”
  • “Bisa diatur. Jap nak ajak my fiance 🌝”

Impian Aisha ini bukan sahaja menunjukkan sisi romantik beliau, malah membuktikan betapa lagu-lagunya mampu mencipta suasana penuh kasih sayang yang sempurna untuk momen-momen istimewa penonton.

Siapa tahu, di konsert Aisha Retno yang akan datang, mungkin ada satu pasangan yang berani menjadikan impian penyanyi ini kenyataan. Kalau itu berlaku, pasti Aisha akan menitiskan air mata kegembiraan di atas pentas!

Apa pendapat korang? Adakah anda akan jadi pasangan pertama yang buat kejutan lamaran di konsert Aisha? Kongsi di ruangan komen!

Leave a Reply

Discover more from

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading