SHAH ALAM, El Sky News – Prosiding hari pertama kes saman Tun Dr Mahathir Mohamad terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim di Mahkamah Tinggi di sini pada Selasa berlangsung kurang 30 minit cukup untuk buat secawan teh dan buka topik politik.
Kes berkenaan berkait dengan ucapan Anwar dalam Kongres Nasional Khas Malaysia Madani bertajuk “Perlaksanaan Sebuah Idealisme”, tapi nampaknya idealisme hari ini ialah “rehat secukupnya sebelum soal balas.” Selepas menjawab tiga soalan tambahan daripada peguamnya, Dr Mahathir yang menyambut ulang tahun ke-100 pada 10 Julai lalu berkata beliau tidak bertenaga untuk meneruskan prosiding soal balas daripada pihak yang mewakili Ahli Parlimen Tambun.
“Saya baru sahaja makan ubat maka saya tidak dapat berfungsi sepenuhnya dan tiada kekuatan untuk bercakap,” katanya di hadapan Pesuruhjaya Kehakiman, Datuk Donald Joseph Franklin.
Peguamnya, Muhammad Rafique Rashid Ali, terus memohon mahkamah menangguhkan prosiding. Tiada bantahan daripada Ranjit Singh, peguam Anwar mungkin juga memahami bahawa dalam politik dan kes mahkamah, stamina kadang lebih penting daripada strategi. Donald pun bersetuju menangguhkan dan menyambung semula Khamis ini, memberi peluang kepada Tun M untuk recharge tenaga dan mungkin menulis draf ucapan soal balas yang lebih segar.
Dalam siding akhbar selepas itu, Rafique berkata, “Dr Mahathir sihat namun memerlukan rehat yang secukupnya. Beliau telah mengambil cuti separuh hari dan dijangka Kembali cergas dalam prosiding soal balas oleh peguam defendan, Khamis ini.” Rakyat Malaysia pun mungkin setuju umur 100 tahun tapi masih ke mahkamah, itu pun sudah satu bentuk ‘marathon nasional’.
Dalam dokumen yang difailkan pada 3 Mei 2023, Dr Mahathir menuntut RM 150 juta atas dakwaan Anwar mengeluarkan kenyataan fitnah yang kononnya beliau “membolot harta untuk anak-anak dan keluarga.” Anwar pula dalam pembelaanya menegaskan saman itu hanya usaha melemahkan kredibilitinya menjelang PRN, sambil mengingatkan rakyat bahawa enam negeri Selangor, Negeri Sembilan, Pulau Pinang, Kelantan, Terengganu dan Kedah sedanng menunggu drama utama di peti undi.
Anwar turut menyelitkan isu lama: pemberian kontrak kepada Opcom Sdn Bhd yang mana anak ketiga Dr Mahathir iaitu Datuk Seri Mukhriz adalah pengarah syarikat tersebut pada 30 Mac 1994 hingga 14 Oktober 2009, seolah-olah memberi “plot twist korporat” kepada skrip mahkamah.
Yang pasti, dalam politik Malaysia, tiada siapa benar-benar bersara. Ada ubat, ada stamina, ada saman maka ada cerita.
SUMBER FOTO: myMetro
