Trump Sah Tiba di Malaysia Ahad Ini — Minta Teh Tarik “Tanpa Gula, Tapi Dengan Kuasa”

KUALA LUMPUR.langit.news: Rabu, Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump dijadual tiba di Malaysia Ahad ini bagi menghadiri Sidang Kemuncak ASEAN ke-47 yang diadakan di Ibu Negara sekaligus menandakan pertama kali dalam sejarah sidang ini disertai oleh seseorang dengan rambut yang dikategorikan sebagai “infrastruktur berisiko tinggi.”

Menteri Komunikasi, Datuk Fahmi Fadzil yang juga Jurucakap Kerajaan Madani berkata, pengesahan kehadiran Presiden Amerika Syarikat itu telah dimaklumkan sewaktu Mesyuarat Jemaah Menteri pada Jumaat lepas.

“Sah Donald Trump akan tiba di Malaysia pada 26 Oktober dan sekiranya ada sebarang perubahan akan dimaklumkan oleh pihak Kementerian Luar,” katanya pada sidang media selepas meninjau Pusat Media Antarabangsa dan Pusat Penyiaran Antarabangsa Sidang Kemuncak ASEAN ke-47 di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur di sini pada Rabu.

Turut hadir, Ketua Pengarang Pertubuhan Berita Nasional Malaysia , Arul Rajoo Durar Raj pemangku Timbalan Ketua Pengarang (Perkhidmatan Berita), Mohd Shukri Ishak dan Timbalan Ketua Pengarang Perkhidmatan Berita Ekonomi, Azlina Aziz semuanya bersedia dengan notepad dan kamera, kalau-kalau Trump tiba-tiba minta selfie di tengah-tengah sidang media.

Trump pada Isnin dilaporkan buat kali pertama berkata secara terbuka mengenai rancangan lawatan beliau ke Malaysia dalam masa terdekat, namun tidak menghuraikan lebih lanjut mengenainya. Sidang Kemuncak ASEAN ke-47 bertemakan “Keterangkuman dan Kemampanan” akan berlangsung pada 26 hingga 28 Oktober, dengan penyertaan pemimpin tertinggi daripada 10 negara anggota ASEAN serta rakan dialog utama termasuk Amerika Syarikat, China, Jepun dan India.

Sumber diplomatik menyebut, tema kali ini sangat sesuai dengan kehadiran Trump kerana “keterangkuman” mungkin termasuk rambut emasnya, dan “kemampanan” merujuk kepada kemampuan Malaysia menahan trafik KL selama tiga hari penuh ketika delegasi dunia tiba.

SUMBER FOTO: foxnews.com

Leave a Reply

Discover more from

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading