Wanita Taiwan Ditemui Mati di Hotel Kuala Lumpur, Namewee Dalam Siasatan Polis

KUALA LUMPUR, El Sky News – Seorang wanita warga Taiwan yang dikenali sebagai Hsieh Yu-hsin atau lebih popular dengan nama Iris Hsieh ditemui mati di sebuah bilik hotel di Kuala Lumpur baru-baru ini. Penyanyi rap Malaysia, Namewee, dilaporkan berada bersama mangsa ketika kejadian berlaku. Menurut sumber, mangsa berusia 29 tahun itu ditemui tidak sedarkan diri…

Pempengaruh dan Usahawan Prince Syed Diserang, Buat Laporan Polis Akibat Kecederaan

KLANG SELANGOR, El Sky News – Pempengaruh dan usahawan, Prince Syed atau nama sebenarnya Syed Muhammad Syah Hasif Syed Othman, 33 tahun, dilaporkan telah membuat laporan polis di Balai Polis Klang, Selangor, petang semalam, berhubung dakwaan dirinya diserang dan dipukul hingga mengalami kecederaan di tangan dan wajah. insiden tersebut berlaku di Taman Bertih Laut, Teluk…

PRN Sabah 2025: BN Lengkap Persiapan, Calon Sudah Dikenal Pasti

Kuala Lumpur, El Sky News – Barisan Nasional (BN) kini berada pada tahap persiapan penuh bagi menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah ke-17, dengan semua calon yang bakal diketengahkan telah dikenal pasti. Pemilihan calon dilakukan secara teliti melalui rundingan antara kepimpinan pusat dan negeri bagi memastikan keseimbangan dari segi representasi serta penerimaan masyarakat di peringkat…

Ringgit Ditutup Lemah Berbanding Dolar AS, Pelabur Tunggu Data Ekonomi Amerika

Kuala Lumpur, El Sky News – Nilai ringgit menutup dagangan lebih rendah berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) pada Isnin susulan ketiadaan pemangkin baharu dalam pasaran menjelang pengumuman beberapa data ekonomi utama dari AS minggu ini. Pada jam 6 petang, ringgit susut kepada 4.1980/2025 berbanding dolar AS daripada penutupan Jumaat lalu pada 4.1860/1930. Menurut penganalisis pasaran,…

FIFA Kekal Hukuman Terhadap FAM dan Tujuh Pemain Warisan

Kuala Lumpur, El Sky News – Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) mengekalkan keputusan hukuman terhadap Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) serta tujuh pemain warisan selepas Jawatankuasa Rayuan badan induk itu menolak rayuan yang dikemukakan. Keputusan tersebut mengekalkan hukuman asal termasuk denda dan penggantungan ke atas semua pihak terbabit susulan pelanggaran Artikel 22 Kod Disiplin FIFA (FDC)…

Fatin Tekanan Dihina Fizikal, Bukan Dipaksa Suami Jalani Pembedahan Bariatrik

KUALA LUMPUR, El Sky News – Suami kepada Fatin menafikan dakwaan bahawa beliau memaksa isterinya menjalani pembedahan bariatrik, sebaliknya menjelaskan keputusan itu dibuat oleh Fatin sendiri kerana berdepan tekanan akibat menjadi mangsa hinaan terhadap bentuk fizikalnya. Menurutnya, Fatin memilih untuk menjalani prosedur berkenaan selepas lama menanggung perasaan tertekan akibat kecaman yang diterima di media sosial….

Perjalanan Hebat Maleesha Kharwa: Dari Kawasan Setinggan ke Dunia Fesyen Antarabangsa

MUMBAI, El Sky News – Kisah hidup Maleesha Kharwa membuktikan bahawa asal-usul bukan penentu masa depan. Gadis muda yang suatu ketika dahulu tinggal di kawasan setinggan Mumbai kini melangkah megah di pentas peragaan dunia, menjadikannya simbol inspirasi bagi ramai yang berjuang keluar daripada kemiskinan. Maleesha membesar dalam keluarga miskin tanpa kemudahan asas yang mencukupi. Hidup…

Mayat Lelaki Ditemui di Pantai Teluk Cempedak Disahkan Lemas, Tiada Unsur Jenayah Dikesan

KUANTAN, El Sky News – Penemuan mayat seorang lelaki yang terdampar di Pantai Teluk Cempedak pada minggu lalu akhirnya terungkai apabila siasatan pihak berkuasa mengesahkan kematian berpunca daripada lemas. Mangsa yang dianggarkan berusia lingkungan 20-an ditemui orang awam sekitar jam 3.48 petang pada 29 Oktober 2025 dalam keadaan separuh berpakaian, hanya memakai seluar panjang hitam…

Puteri Rafasya Dinobat Pelakon Kanak-Kanak Terbaik FFM34 Menerusi Filem Seram Psikologi, Telaga Suriram

KUALA LUMPUR, El Sky News – Pelakon cilik berbakat besar, Puteri Rafasya binti Abdul Rauf telah berjaya merangkul trofi Pelakon Kanak-Kanak Terbaik di pentas berprestij Festival Filem Malaysia ke-34 (FFM34) yang berlangsung di Auditorium Seri Angkasa, Angkasapuri Kota Media. ​Kemenangan ini adalah hasil lakonan beliau dalam filem seram psikologi arahan Osman Ali, Telaga Suriram, di…

Qi Razali Dinobat Pelakon Lelaki Terbaik FFM34 Menerusi Filem Babah

KUALA LUMPUR, El Sky News – Pelakon berpengalaman Qi Razali muncul sebagai penerima Anugerah Pelakon Lelaki Terbaik di Festival Filem Malaysia ke-34 (FFM34) yang berlangsung meriah di Auditorium Seri Angkasa, Angkasapuri, malam Sabtu lalu. Kemenangan Qi, atau nama sebenarnya Qushairi Mohammed Razali, adalah hasil lakonannya yang meninggalkan kesan mendalam menerusi filem Babah, yang turut menggondol…